Dosa pertama yang dilakukan oleh manusia menyebabkan syurga sepenuhnya diselubungi dengan kesedihan. Dunia yang telah disediakan oleh Khalik pencipta alam telah dirosakkan oleh kutuk dosa dan ditetapkan untuk didiami oleh makhluk yang HARUS menderita dan mati. Betapa punahnya harapan bagi manusia untuk mendapat hidup yang kekal seperti pada mulanya di taman Eden itu. Perkara sedemikian sepertinya tidak mempunyai jalan penyelesaian lagi.
Namun demikian, Allah yang penuh dengan belas kasihan telah tergerak dangan perasaan kasih yang tidak terbatas terhadap umat yang telah jatuh ini. Hukum Tuhan menuntut nyawa orang-orang yang berdosa. oleh kerana hukum Ilahi itu sama sucinya dengan Allah sendiri maka hanya seseorang yang setara dengan Allah sendiri sahaja yang dapat mengadakan tebusan bagi pelanggaran hukum dan memulihkan kembali kepada keselarasan syurga.
Oleh itu, Allah yang penuh dengan kuasa, yang diselubungi oleh terang kemuliaan mengambil keputusan untuk menyatakan dirinya melalui KRISTUS ( 2 Korintus 5:19 ) untuk membawa damai kepada dunia. Allah yang maha agung itu mengambil keputusan untuk menyatakan dirinya melalui Kristus, meninggalkan segenap kemuliannya menjadi 100% manusia untuk menebus dosa manusia. Hanya melalui Kristus, rencana penebusan ini dapat disempurnakan. Sekiranya Allah sendiri turun ke bumi untuk menebus dosa manusia, bumi yang berdosa ini tidak mampu bertahan dengan cahaya kemuliaan Tuhan. Oleh kerana dosa yang telah menrosakkan dunia, maka dunia tidak mampu bertahan dengan cahaya kemuliaan Allah.
Para Malaikat Syurga tidak dapat bergembira bilamana Allah menceritakan kepada mereka tentang rencana penyelamatan itu. Dia menceritakan tentang bagaimana dia harus meninggalkan kemuliaannya di syurga, kesukaan dan kehidupan kekal malah harus tinggal di tengah-tengah penderitaan kehidupan di bumi, menahan kehinaan dan melalui kematian di bumi ini. Ia harus berdiri di antara orang berdosa dan hukuman dosa.
Allah mahu meninggalkan kemuliaanya dan kedudukan tinggi sebagai pemerintah di syurga dan seluruh alam semesta ini, muncul di dunia, merendahkan diri sebagai seorang manusia yang hina, berkenalan dengan kesedihan, keperitan hidup dan pencobaan Iblis yang harus dideritai oleh manusia. Semuanya ini dilakukan oleh Allah yang maha kuasa agar dia dapat menolong mereka yang menderita dalam pencobaan Iblis. (Ibrani 2:18). Apabila tugas-Nya sebagai seorang guru berakhir, maka dia akan diserahkan ke dalam tangan-tangan orang jahat dan menjadi korban penghinaan dan penganiayaan yang diilhami oleh Setan. Ia harus menderita kematian yang paling mengerikan, harus digantung di antara langit dan bumi sebagai orang berdosa. Ia harus menderita tekanan jiwa, iaitu dengan menyembunyikan segenap kemuliaanya sementara semua beban dosa ditimpakan kepadanya.
Seluruh Malaikat bersujud di bawah kaki Pemimpin mereka dan menawarkan diri untuk dijadikan korban. Tapi, tidak ada satu pun nyawa dari para malaikat itu yang mampu menanggung pelanggaran itu melainkan hanya Dia yang menciptakan manusia yang mampu menyempurnakan segala rencana penyelamatan itu.
Betapa agungnya Tuhan!!
Tujuan Allah menyatakan dirinya ke dunia melalui Kristus tidak hanya terbatas terhadap keselamatan manusia. Allah mempunyai tujuan yang lebih besar dalam rencana penyelamatan ini. Allah bertujuan agar hukum Allah lebih dihargai oleh manusia yang berdosa yang mendiami dunia ini. Allah sendiri membuktikan bahawa hukum itu adalah agung dan harus dihargai oleh manusia melalui kesungguhan Allah untuk melaksanakan rancangan penebusan itu. "Betapa besar kasih Allah akan dunia ini..." (yoh 3:16).
Tindakan Kristus dalam hal kematian-Nya bukan hanya akan menjadikan syurga itu bisa dicapai oleh manusia tetapi juga di hadapan alam semesta ini, hal itu akan membenarkan Allah yang menyatakan dirinya melalui Kristus di dalam cara perlakuan mereka terhadap pemberontakan setan. (Yoh 12:31,32)
sejak dari mula, kontroversi besar antara Setan serta malaikat-malaikatnya dan Allah serta malaikat-malaikat-Nya adalah bersangkut-paut dengan hukum Allah. Setan berusaha membuktikan bahawa Allah tidak adil dan berusaha bahawa hukum itu mengandungi kesalahan.
Oleh itu, dalam pertarungan ini, Allah harus membuktikan bahawa samada benar hukum-Nya itu harus diubah atau TIDAK HARUS DIUBAH!!
Pada waktu Setan dibuang dari syurga, dia bertekad untuk menjadikan dunia ini sebagai kerajaan yang diperintah olehnya. Kejatuhan manusia membuatkan setan memikirkan bahawa dia telah dipilih oleh umat kesayangan Tuhan itu sebagai pemimpin mereka. Dia mengatakan bahawa mustahillah manusia berdosa itu diberi keampunan dan dunia itu akan tetap menjadi miliknya.
Namun demikian, Allah sendiri telah menyatakan atau menjelma melalui Kristus yang berupa 100% manusia dan menanggung upah pelanggaran itu dan dengan demikian Dia dapat menyediakan satu jalan supaya manusia dapat dipulihkan kepada keadaan asal yang diperkenankan Allah dan dibawa kembali ke rumah mereka di Taman Eden. Kristus berusaha sekuat-kuatnya untuk menyelamatkan manusia dari cengkaman Iblis.
Pertarungan yang telah dimulakan oleh Iblis di syurga harus segera diselesaikan. Allah sendiri telah memilih dunia, di arena yang sama, yang telah Setan nyatakan miliknya dan merendahkan diri seketika daripada Setan. LIHAT!! Betapa adilnya Tuhan. Dengan kuasanya, Dia boleh saja mengalahkan Setan dan mengubah segalanya.
Semasa Allah turun ke dunia, seluruh Syurga dan penghuni alam semesta menaruh perhatian atasnya.Syurga mencatatkan segala nista dan olokan terhadap Kristus dari buaian hinggalah ke Golgota. Setan sentiasa menurunkan kegelapan, kesedihan dan penderitaan ke atas umat manusia dan Kristus harus mencegahnya.
Mereka memperhatikan peperangan itu bertambah hebat.
Dan apabila Kristus di dalam penderitaan-Nya yang membawa kematian di kayu salib itu berseru... "SUDAHLAH GENAP" (Yoh 19:30), satu teriakan kemenangan menggema di semua dunia dan di seluruh Syurga sendiri. Pertarungan hebat yang berlangsung begitu hebat di dunia ini sekarang ditentukan bahwa Kristus adalah pemenangnya.
Kematiannya menjawab pertanyaan "Adakah ALlah dan imejnya atau lebih dikenali sebagai anaknya iaitu Kristus mempunyai KASIH yang cukup bagi manusia untuk menyatakan penyangkalan diri dan satu roh pengorbanan?"
Sementara Setan pula telah menunjukkan tabiat yang sebenarnya sebagai seorang pendusta dan seorang pembunuh.
Dengan serentak seluruh penduduk alam semesta yang setia bersatu memuji pemerintahan Ilahi. Jikalau saja hukum itu dapat diubahkan,manusia dapat diselamatkan tanpa pengorbanan Kristus, tetapi fakta ini menunjukkan bahawa perlu bagi Kristus untuk menyerahkan hidup-Nya untuk umat berdosa. Fakta bahawa Kristus telah menanggung hukuman atas pelanggaran manusia adalah satu bukti bahawa HUKUM ITU TIDAK DAPAT DIUBAHKAN!! ALLAH ITU ADIL!! ALLAH ITU PENUH RAHMAT!! ALLAH ITU MEMPUNYAI ROH PENYANGKALAN DIRI dan bahawa KEADILAN YANG TAK TERHINGGA dan RAHMAT BERSATU PADU DI DALAM CARA PEMERINTAHAN TUHAN...
"TERPUJILAH NAMA TUHAN!!!"