MATIUS 24:42-44
"KArena itu, berjaga-jagalah,sebab kamu tidak tahu pada hari mana Tuhanmu datang. Tetaoi ketahuilah ini: Jika tuan rumah tahu pada waktu mana pada malam hari pencuri akan datang, sudahlah pasti ia berjaga-jaga, dan tidak membiarkan dirinya dibongkar. Sebab itu, hendaklah kamu juga siap sedia, kerana Anak Manusia datang pada saat yang tidak kamu duga.'"
ILUSTRASI
Sebuah bot nelayan kembali selepas beberapa hari di laut. Sementara mereka menghampiri pantai, para pelayar melihat dengan bersemangat ke arah pelabuhan di mana orang-orang yang mereka sayangi berkumpul. peninjau kapal tersebut melihat melalui binokular dan mengenal pasti beberapa orang daripada mereka:
"saya boleh melihat Mary, dan di sana juga Margeret dan juga Anne."
Salah satu daripada lelaki di dalam perahu tersebut mula risau kerana isterinya tidak ada di sana. Kemudian dia meninggalkan kapal tersebut dengan hari yang sedih dan takut sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya. Dia bergegas ke rumahnya. Sementara dia membuka pintu, isterinya berlari ke arahnya dan berkata "saya sentiasa menunggu anda."
Dan dia menjawab dengan jawaban yang lembut.
"Ya. tetapi isteri yng lain berjaga-jaga untuk suami mereka."
Melihat bukanlah sebuah sukan yang hanya berdiam diri. Seperti yang dikatakan oleh Oswold Chamber, "hanya satu cara di dalam menunggu kedatangan Kristus yang kedua kali dengan berjaga-jaga tentang apa yang harus anda lakukan, supaya apabila Dia datang hanya perbezaan sedikit yang membezakan. Itu adalah sifat anak tersebut, pasti bahawa Tuhan mengetahui siapa dia sebenarnya. Apabila Yesus datang, itu seperti perkara semulajadi seperti kita bernafas sahaja."
FLASHLIGHT:
Kristus telah memberi tanda-tanda tentang kedatanganya. Dia memberitahu bahawa kita akan mengetahuinya apabila sudah dekat, dan apabila sudah sampai ke pintu. Dia berkata bahawa barangsiapa yang melihat tanda tersebut, 'keturunan ini tidak akan berlalu, sehingga semua perkara digenapi.' tanda-tanda ini sudah kelihatan. Sekarang kita sudah mengetahui tentang kepastian bahawa kedatangan Yesus itu sudah dekat.
"Langit dan bumi akan berlalu. Dia mengatakan, 'tetapi perkataanKu tidak akan berlalu.'"
(The Desire of ages, m.s. 632)
PERSOALAN KEPADA DIRI
Jikalau saya mengetahui bahawa Yesus akan datng pada hari esok, bagaimanakah saya akan hidup pada hari ini? Adakah saya sudah cukup bersedia menanti kedatangannya?
"KESELAMATAN ADALAH SESUATU YANG PASTI!"
Friday, October 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment