Monday, May 17, 2010

Istirehat & Pemulihan

Wanita yang sangat penat setelah melakukan kerjanya.
*Sekadar gambar hiasan

Satu situasi yang menceritakan mengenai seorang penuntut muda jurusan perubatan di Loma Linda mendapati bahawa dia amat letih. Bangun seawal jam empat pagi dan bekerja sehingga larut malam. Dia berusaha untuk mengejar aktiviti kurikulumnya yang memenatkan tetapi masih tidak berjaya. Malah dia semakin tercicir. Dalam keputusannya, dia berjumpa dengan professornya untuk meminta bantuan.

Sebagai seorang lelaki yang bijaksana, professor itu menasihati Tom untuk TIDUR SEKURANG KURANGNYA TUJUH JAM SEHARI tidak kira betapa sibukpun dia dan TIGA PULUH MINIT SENAMAN YANG BERTENAGA setiap hari.

Secara peribadi Tom merasa tidak yakin dengan usul itu tetapi dengan perasaan enggan dia telah bersetuju untuk melakukannya sebagai percubaan. Lagipun dia sudah tercicir jauh ke belakang dan tidak rugi untuk dia mencuba. Di luar jangkaanya, grednya mula meningkat dalam hanya dua minggu sahaja.

Pada akhir tahun itu dia berada pada tingkat ketiga tertinggi dalam kelasnya dan berjaya menamatkan kursus perubatan dengan tempoh yang tepat

[RUJUKAN: "I'm so tired," Harding lifestyle Series (Loma Linda, California; Loma Linda University School Of Health, 1988 m/s 3-5)]

Sebenarnya, ramai di antara kita seperti Tom. Kita memerlukan istirehat setiap hari sepertimana istirehat mingguan untuk mencapai kesihatan optimum secara fizikal, mental, rohani dan sosial.

Salah satu sebab manusia tidak menitikberatkan tentang istirehat dan keperluan-keperluan lain tubuhnya ialah "TIDAK ADA MASA".

Kebanyakan kita hidup dalam persekitaran yang sangat tegang dan dipenuhi dengan pelbagai perkara sedangkan kita mempunyai masa yang sangat terbatas.

Mother Theresa pernah berkata bahawa "saya berpendapat dunia sekarang sudah terbalik dan penuh dengan derita; kerana kasih semakin berkurangan di rumah dan dalam kehidupan keluarga. Kita tidak mempunyai masa untuk anak-anak, kita tidak mempunyai masa untuk sesama kita. Tidak ada masa untuk berseronok untuk satu dengan yang lain."

Sesetengah kelompok manusia menjadikan kemajuan dari segi material seperti mendapatkan wang sebagai matlamat dalam kehidupan mereka. Ini menyebabkan mereka sanggup mendominasikan segalanya sehingga keluarga dan kesihatan dikorbankan.

Ya, benar! bekerja kuat itu baik. Berjuang untuk menyara keluarga itu baik. Malah Alkitab mengatakan dalam Amsal 6:9-Hai pemalas, berapa lama lagi engkau berbaring? Bilakah engkau akan bangun dari tidurmu? dan
2 Tesalonika 3:10-sebab, juga waktu kami berada di antara kamu,kami memberi peringatan ini kepada kamu: jika seorang tidak mahu bekerja, janganlah ia makan. membuktikan bahawa si pemalas tidak diberi muka di dalam kerajaan syurga.

Namun demikian, harus kita fikirkan tentang hal ini: Kita bekerja sangat kuat tetapi orang yang kita kasihi menderita.
Contoh situasi: Seorang ayah bekerja dengan sangat kuat untuk menyara keluarga tetapi akhirnya keluarga itulah yang dilukainya kerana sering tidak berada di rumah.

Sejak awal lagi, bahkan pada peringkat pra-kejatuhan manusia, Tuhan memang sudah menetapkan tujuan terhadap makhluk ciptaan yang dinamakan manusia iaitu BEKERJA. Juga BERISTIREHAT daripada bekerja.

Kejadian 2:15 - Tuhan Allah mengambil manusia itu dan menempatkannya dalam taman Eden untuk mengusahakan dan memelihara taman itu.

Markus 6:30-32 - kemudian rasul-rasul itu kembali berkumpul dengan Yesus dan memberitahukan kepada-Nya semua yang mereka kerjakan dan ajarkan. Lalu ia berkata kepada mereka: "marilah ke tempat yang sunyi supaya kita sendirian, dan beristirehatlah seketika!" sebab memang begitu banyaknya orang yang datang dan yang pergi, sehingga makan pun mereka tidak sempat. Maka berangkatlah mereka untuk mengasingkan diri dengan perahu ke tempat yang sunyi.

Yesus dan murid-murid-Nya pun mengambil masa untuk istirehat. Dia tahu bahawa tubuhnya perlu disegarkan. Kita juga perlu masa untuk istirehat setiap hari. Pencurian masa tidur kita akan mengakibatkan emosi dan fizikal terjejas. Tidak kira betapa muda, sihat atau kuatpun kita, tubuh kita perlu istirehat.

Fikirkan: Apakah berbaloi untuk kamu merosakkan kesihatan untuk pekerjaan dan wang ringgit?

Switzerland-Anasthasia Lanchman (FB)

My friends (Ranger, Lynita and their mate) at China.


Classmate - at Taman Pertanian Tenom


The view of taman pertanian tenom. We can captured all the view on our rest day!


Enjoyed the moment at Crocker Range on that Sabbath day. Thanks Pastor Justin and his family!


My sweet sister on her vacation. This is great! spending time to release from world's burden and pain.



REST DAY!

Appreciate the wonders of God's creation.

Jesselton town-spending much time with my friends. From left Meg, Ily and me.
This so refreshing! Other than make our relation more close, we also create good memory among us.
Simply, you can play with the sand. Write everything that you want. Release yourself.



Or, spend your time with your beloved one...

Or play with the water under the sunsets~~

And, finally, spend your time with your friends, Take picture so the memories are visible~~

Tuhan memahami kita dan keinginan kita.
BERISTIREHATLAH!!

**End of thoughts~10:42~18/05/10**